Monday, February 14, 2011

Perlukah Valentine's Day?

Secara umumnya tidak ada sedikit pun dalam budaya kita(Islam) kebaikan atau keperluan untuk menyambt valentine's day. Malah terdapat lebih banyak keburukan yang berlaku pada tarikh 14 February  berkenaan terutamanya kepada golongan remaja dan dewasa seperti wujudnya pergaulan bebas sehingga berlakunya perzinaan, hiburan melampau-lampau dan pelbagai masalah keruntuhan akhlak lain.
      Malah, ada yang sanggup menggadaikan maruah dan kehormatan diri sebagai tanda cinta dan kesetiaan kepada kekasih. Sambutan ini terbukti bercanggah dengan akidah Islam kerana mempunyai  unsur ajaran Kristian yana bertujuan untuk merosakkan akidah umat Islam.
     "Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka".(Hadis Riwayat Imam Abu Daud)
   Oleh itu, tak payah la nk gedik2 sambut Valentine's Day. Sama2 lah kita sedekahkan banyak2 selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. sempena hari Maulidur Rasul 1432 pada 15 Februari 2011.

No comments:

Post a Comment