Sunday, October 14, 2012

Renungkanlah

Renung-renungkanlah dan selamat mengamalkannya..

 Copied from: numeeqah.blogspot.com  (thanx a lot)
Amalan-amalan yang membantu kepada kekhusyukan adalah seperti berikut :
  1. Persiapkan diri untuk solat. Iaitu dimulai dengan mendengarkan azan dan mengikutinya, berdoa dengan doa azan, memperbaiki wuduk, berdoa setelah wuduk, melakukan siwak sebelum solat, mempesiapkan pakaian solat, tempat solat dan menunggu waktu solat. Bukan tergesa-gesa melakukan solat .
  2. Tomakninah: iaitu berhenti sejenak pada setiap rukun-rukun solat. Dalam hadis diriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. ketika solat, beginda melakukan tomakninah sehingga semua anggota badan beliau kembali pada tempatnya. (H.R. Abu Dawud dll.) Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seburuk-buruk pencuri adalah pencuri solat. Bagaimana itu wahai Rasulullah, tanya sahabat. “Mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya. (H.R. Ahmad dan Hakim: sahih). Seseorang tidak akan boleh khusyuk tanpa tomakninah ini kerana cepatnya pergerakan solat telah menghilangkan kekhusyukan dan penumpuan hati.
  3. Ingat kematian ketika solat. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:”Ingatlah mati saat kamu solat, sesungguhnya seseorang yang ingat mati ketika solat maka ia akan memperbaiki solatnya dan solatlah seperti solatnya orang yang mengira itu solatnya yang terakhir” (Dailami: sahih). Rasul juga pernah berpesan kepada Abu Ayub r.a. “Solatlah seperti solatnya orang yang memgucap selamat tinggal ” (Ahmad: sahih)
  4. Tadabbur (menghayati) ayat-ayat Al-Quran yang dibaca ketika solat, begitu juga zikir-zikir dan bacaan solat lainnya lainnya serta menyerapkannya dalam diri orang yang melakukan solat.

Tidak sah sembahyang tanpa tomakninah

SOALAN:
Di masjid tempat saya berjemaah ada seorang tua pertengahan umur yang sembahyang sunat tidak ada tamakninah, terutama ketika iktidal. Belum lagi dia menegakkan badan, dia terus melakukan sujud. Hati saya sering berkata-kata, ``alangkah ruginya orang ini kerana tidak sah sembahyangnya.''

Saya seakan-akan tidak khusyuk kerana terlalu berkeinginan memastikan yang pandangan saya tidak silap, iaitu memerhatikannya setiap kali dia sedang sembahyang tanpa tamakninah. Siapakah yang sepatutnya menegur beliau? Saya takut dia akan berkecil hati kalau saya menegurnya, kerana dia telah tua dan selalu berjemaah di masjid. - Amir Hamzah, Selangor.

JAWAPAN:

Baginda Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Barang siapa berwuduk dan menyempurnakan wuduknya, kemudian dia berdiri melakukan sembahyang, maka dia hendaklah menyempurnakan rukuknya, sujudnya dan bacaan padanya.

Maka sembahyang itu berkata: Semoga Allah memelihara akan dikau seperti engkau telah memelihara akan daku. Kemudian sembahyang itu dibawa ke langit dengan sinar dan cahaya, maka dibuka untuknya pintu-pintu langit, sehingga sampai kepada Allah, lalu ia meminta ampun bagi orang yang melakukan sembahyang tadi. Sebaliknya, jika tidak sempurna rukuk, sujud dan bacaannya, maka sembahyang itu berkata: Semoga Allah mengabadikan dikau seperti kau abadikan akan daku. Kemudian ia dibawa naik ke langit, diliputi oleh kegelapan sehingga sampai ke langit, maka tertutuplah semua pintu langit baginya, kemudian dilipat sembahyang itu bagaikan baju yang kusut kumal, lalu dipukulkan dengannya ke muka tuannya.Hadis ini menjelaskan bahawa ibadah sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu selain berupaya membentuk peribadi yang baik, ia juga memberi manfaat kepada tuannya biarpun ketika tuannya masih hidup. Ibadah sembahyang yang dimaksudkan di sini, ialah sembahyang yang sah dan diterima oleh Allah.

Perlu dijelaskan bahawa tamakninah adalah salah satu daripada rukun sembahyang, tanpanya sembahyang seseorang itu tidak sah. Sembahyang yang tidak sah tidak memberi manfaat kepada tuan punya diri. Baginda menyuruh setiap orang yang sembahyang itu melakukan sembahyang sama seperti sembahyang yang dilakukan oleh baginda. Ketika rukuk, baginda meletakkan kedua-dua telapak tangannya di atas lutut, kemudian merenggangkan jari-jari dan menunggu sebentar, sehingga setiap anggota itu berada di tempat masing-masing. Menunggu sebentar yang dimaksudkan di sini ialah tamakninah. Pada suatu ketika baginda melihat seorang lelaki yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya, iaitu tanpa tamakninah. Baginda bersabda: Sekiranya orang ini mati dalam keadaannya begini, nescaya dia mati luar daripada agama Muhammad. Dia mematuk sembahyangnya seperti gagak mematuk darah. Perbandingan orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya dengan cara mematuk itu adalah seperti orang yang lapar, yang memakan sebiji atau dua biji tamar, yang tidak mengenyangkan daripada sesuatu.

Baginda juga menjelaskan bahawa sesungguhnya tidak diperkira sembahyang seseorang yang tidak menegakkan tulang belakangnya ketika rukuk dan sujud.Begitu juga halnya ketika iktidal, seseorang itu hendaklah melakukan tamakninah. Tidak sah sembahyang seseorang tanpa melakukan tamakninah ketika iktidal. Mengenai tamakninah pada iktidal, baginda bersabda: Apabila engkau telah mengangkatkan kepala, maka tegakkanlah tulang belakang kamu dan angkat kepala sehingga tulang-tulang kembali atau berada di sendinya. Abu Hurairah r.a telah berkata, bahawa kekasihnya iaitu Rasulullah s.a.w. melarangnya mematuk-matuk ketika sembahyang seperti patukan ayam. Baginda juga melarang seseorang itu berpaling, seperti palingan musang dan duduk seperti duduk kera. Baginda bersabda: Sejahat-jahat curian manusia itu ialah orang yang mencuri sebahagian daripada sembahyang. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah manusia boleh mencuri sebahagian daripada sembahyang. Baginda menjawab: Orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.

Juzuk

Jelasnya, tamakninah adalah salah satu daripada rukun sembahyang yang mesti dilakukan. Rukun menurut bahasa bererti juzuk atau tiang bagi sesuatu objek. Apabila ia merujuk kepada ibadah sembahyang ia adalah merujuk kepada juzuk-juzuk yang tersusun daripadanya hakikat sembahyang.

Tamakninah pula bererti tenang dan tetap tanpa bergerak, tidak bergoncang atau tidak bergegar. Yang dimaksudkan dengan tamakninah di sini ialah diam selepas bergerak dan tetap anggota sekira-kira ada perenggan antara dua kelakuan. Tamakninah adalah syarat sah bagi rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Tanpa tamakninah bererti sem bahyang seseorang itu tidak sah. Ada beberapa tempat dalam sembahyang yang mesti ada tamakninah, iaitu ketika rukuk, yang mesti dilakukan pada setiap rakaat, iaitu dengan membongkokkan badan, sambil menundukkan kepala dan dua tapak tangan diletakkan di atas lutut. Begitu juga ketika iktidal, iaitu ketika bangun kembali kepada qiyam (berdiri) sebelum. Begitu juga ketika melakukan sujud dua kali pada setiap rakaat, iaitu dengan meletakkan dahi di atas tempat sembahyang. Rukun lain yang mesti disertakan dengan tamakninah ialah ketika duduk antara dua sujud.

Asma binti Abu Bakar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Apabila seorang hamba itu masuk di dalam kuburnya, maka sekiranya dia seorang Mukmin, dia akan dipagari oleh amalannya, sembahyang dan puasa. Maka datanglah malaikat dari arah sembahyang tadi, lalu ditolak akan dia, dan datang dari sebelah puasa maka puasa menolak akan dia, maka ia mendatanginya lalu menyeru: Duduk, maka duduklah manusia tadi.

Maka ia pun bertanya kepada amalan: Apakah yang engkau katakan tentang lelaki ini? Amalan itu bertanya siapa? Lantas ia menjawab: Aku naik saksi sesungguhnya dia adalah Rasulullah. Baginda bersabda: Maka malaikat itu pun berkata: Atas dasar demikianlah engkau hidup dan di atasnyalah engkau mati dan di atasnya engkau dibangkitkan. Allah berfirman menyatakan bahawa sembahyang mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Berdasarkan hadis-hadis di atas, juga firman Allah yang terakhir ini ternyata bahawa sembahyang yang dilakukan oleh seseorang hamba itu memberi manfaat kepada diri pelakunya ketika seseorang itu masih hidup juga ketika mati. Perlu difahami bahawa sembahyang yang memberi manfaat yang dimaksudkan di sini ialah sembahyang yang sah hukumnya, iaitu apabila seseorang hamba itu berupaya melakukan sembahyang itu dengan sempurna atau menepati syarat dan ketentuannya, iaitu memenuhi segala keperluan rukun sembahyang.

Begitu juga dengan pembentukan peribadi yang luhur terjadi hasil daripada ibadah sembahyang yang sah dan diterima Allah. Sembahyang yang tidak diterima oleh Allah tidak berupaya membentuk peribadi murni. Di antara petunjuk sembahyang yang tidak sah itu ialah sembahyang yang tidak disertai dengan tamakninah. Kerana itulah maka ramai orang yang melakukan ibadah sembahyang, tetapi di luar sembahyang orang yang berkenaan tetap melakukan kejahatan dan kemungkaran seperti mengambil riba, makan rasuah, pecah amanah, memakan harta anak yatim dan sebagainya. Kecenderungan saudara memerhatikan orang lain sembahyang tanpa tamakninah memang mempunyai alasan. Terfikir oleh akal bagaimana seorang yang telah berumur boleh melakukan sembahyang tanpa tamakninah. Kalau umurnya menjangkau 50 tahun misalnya dan sembahyang yang dilakukan tanpa tamakninah, maka sembahyang yang dilakukan menjadi sia-sia. Walaupun demikian, apa yang saudara lakukan itu tetap mengubah rasa khusyuk ketika sembahyang. Saudara sewajarnya menumpukan pengamatan kepada Allah yang disembah. Memang saudara ada alasan berbuat demikian, tetapi alasan itu ditambah lagi oleh gesaan syaitan agar saudara memerhatikan hal seumpama ini berulang kali, menyebabkan konsentrasi saudara berada di luar sembahyang biarpun diri saudara tetap dalam sembahyang.

Baginda ada bersabda: Bahawa apabila seseorang itu sembahyang, maka janganlah kamu berpaling muka, mengangkat pandangannya ke langit, ke kanan atau kiri. Sesungguhnya Allah mengarahkan mukanya ke muka hamba-Nya ketika hamba itu bersembahyang, selagi dia tidak berpaling. Setiap orang berhak menegur saudaranya yang melakukan kesilapan apatah lagi sekiranya ia melibatkan ibadah seperti ini. Bagi orang yang ditegur pula, andainya dia seorang yang bijak, selalu datang berjemaah, dia akan banyak berterima kasih apabila diperbetulkan. Walaupun demikian tidak semua orang dapat menerima teguran walaupun niat orang yang menegur itu baik. Kerana itu setiap orang perlu berhati-hati untuk berbuat demikian.Dalam keadaan seumpama ini, imam adalah orang yang lebih utama untuk membetulkan atau menegurnya kerana dia adalah ketua bagi sebuah masjid biarpun tidak dapat dinafikan orang lain juga berhak berbuat demikian. Selain daripada itu guru yang memberi kuliah di masjid perlu menegur kesilapan orang lain. Dalam keadaan apa sekalipun, memang ada orang yang terus melakukan sembahyang tanpa tamakninah terutama ketika iktidal, biarpun telah diberitahu dan diperingatkan berulang kali.

Copied from : http://aidilmemuslim.blogspot.com

Monday, October 17, 2011






§     ZAQQUM
Firman Allah swt:
Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa. Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang amat panas. (43 – 46 : ad-Dukhan)
Firman Allah swt:
(Makanan surga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum.?Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim (samada mereka percaya atau tidak). Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar neraka. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu. (62 – 66 : as-Saffat).
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya Nabi saw membaca ayat ini:
“bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”
Rasulullah saw bersabda:
“Sekiranya setitis zaqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah zaqum menjadi makanannya?”
Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban. Syekh Syuaib menyatakan sanad hadis ini sahih.
Imam Ibnu Kathir berkata:
“Allah swt menyatakan mereka memakan pokok ini walaupun rupanya sangat buruk dan sangat hodoh. Tambahan lagi dengan rasanya yang tidak sedap dan bau yang busuk. Mereka terpaksa makan kerana tidak ada yang lain.”
§     GISLIN
Firman Allah swt:
Maka tiada seorang temanpun baginya pada hari ini di neraka ini Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa. (35-37 : al-Haqqah).
Ulama berselisih pendapat terhadap hakikat Gislin seperti berikut:
1. Nanah ahli neraka yang keluar dari luka dan kemaluan mereka. (Ibnu Abbas)
2. Pohon yang menjadi makanan ahli neraka. (Dahhak dan Rabie bin Anas)
3. Air dari basuhan daging dan darah ahli neraka. (Akhfasy)
§     DARIE’
Firman Allah swt:
Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri. yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. ( 6 dan 7 : al-Ghasiah)
Para Ulama berselisih pendapat terhadap Darie’. Diantaranya adalah seperti berikut:
1. Tumbuhan yang berduri yang melata di tanah. (Pendapat Ikrimah, Mujahid dan kebanyakan ulama tafsir).
2. Batu (pendapat Said bin Jubair).
3. Tumbuhan hijau yang busuk. Ianya dilemparkan laut ke daratan. (pendapat Khalil).
4. Pohon berasal dari api neraka. (Pendapat Ibnu Abbas)
Pendapat yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Qurtubi:
“Pendapat yang lebih jelas adalah ianya pokok yang berduri seperti ianya di dunia. Daripada Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda:
“ Darie adalah sesuatu yang ada dalam neraka. Ia meyerupai duri. Lebih pahit dari pokok lidah buaya. Lebih busuk dari bangkai. Lebih panas dari api. Allah swt namakannya sebagai Darie.” (Hadis riwayat Ibnu Mardawiyah – sanadnya lemah)
§     MAKANAN YANG SUKAR UNTUK DITELAN
Karena sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala. Dan makanan yang menyebabkan tercekik di kerongkong dan azab yang pedih. (12 – 13 : al-Haqqah)
Ibnu Abbas berkata:
“Makanan yang tidak boleh ditelan dan tersangkut di halkum. Tidak boleh turun ke perut dan tidak boleh dikeluarkan. Makanan ini adalah Gislin, Zaqqum dan Dharie.”
§     KELAPARAN YANG MENYEKSAKAN
Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda:
“ Dicampakkan rasa lapar kepada ahli neraka. Kelaparan yang mereka rasai menyamai azab yang mereka alami dalam neraka. Lalu mereka menjerit meminta tolong dan mereka pun diberikan Darie yang tidak menghilangkan kelaparan mereka. Lalu mereka menjerit meminta makanan dan mereka pun dibawa makanan yang menyebabkan mereka tercekik. Mereka teringat kalau tercekik didunia mereka hilangkan dengan air. Mereka pun meminta air minuman. Lalu mereka diberi air yang sangat panas dengan besi-besi panjang yang berkepala sabit. Muka mereka hangus terbakar apabila air ini menghampiri mereka. Segala isi perut terputus apabila masuk kedalam perut mereka.
Hadis riwayat Tirmizi dengan sanad yang lemah. Kebanyakan apa yang disebut dalam hadis ini ada disebut dalam ayat Quran dan Hadis sahih yang lain.
RUJUKAN:
Tafsir Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi tahqiq syeikh Syuaib, Muntaqa oleh Dr Yusuf Qardawi, Tazkirah oleh Qurtubi, Buhur Zahirah oleh Imam as-Safirani.
Renung-renungkanlah..